Saturday, May 10, 2014

Bertahun tahun dah?

Assalamualaikum.

Tak sangka hari ni terasa nak bukak blog then tanpa sedar aku tekan ntah apa2 password keluar blog ni. Actually aku dah lama nk start blogging balik tapi asyik tak jadik je sbb nak start kena buat banyak benda kan. Apa benda ntah yang banyak haha.

Ok balik cite asal, aku terbukak blog ni then baca balik cite2 lama aku...time aku kat damansara and single masa tu. Ha-ha! rasa pelik pulak baca blog sendiri sebab serious dah lupa apa aku tulis. tahun 2011 kot weh.

Sekarang dah lain! aku dah ada anak. ANAK wei. Ahmad Idris bin Mohamad Syahril.

Life aku pun dah lain. Macam biasa hidup ada family satu lagi. Bukan family belah aku je aku boleh pikir. Belah sana pun kena pikir jugak. Entah apa pulak yang dieorang pikirkan pasal aku. huhu.

So secara rasminya aku akan aktif berblog balik (konon, we'll wait and see aa)

Kerjaya aku pulak dah berubah. Dari makan gaji ke commission earner. Senang nak jaga Ahmad.

Tapi bila pikir balik ada je benda aku tak puas, menyesal, geram ngan past life aku. Tapi ini sebenarnya lumrah manusia yang memang tak pernah puas.

Sebaliknya aku kena bersyukur ... ya... Alhamdulillah dengan segalanya.

Cuma sekarang aku bertekad, pandang kehadapan, maju kehadapan, chewah kan orang commission earner macam ni hihihihi

ok, bye!

Tuesday, January 18, 2011

Lokasi sekarang adalah di q-bistro bandar tun razak. Apa kes pagi2 breakfast kat sini. Ye la, smalam TERpaksa kerja, then tido rumah kawan baik aku kat sini la. So hari nih aku kerja petang, boleh la lepak2 dulu pagi nih. Pekena roti cheese ngan white coffee.

Semalam lepas balik kerja aku beli burger bawah rumah kwn aku. Tetiba ada satu kereta berenti. Keluar sorang mamat pakai tongkat. Hmm..aku terus pikir dia nih mesti accident. Bila mata aku tengok kat bawah, tengok takde kaki. Alahai...kesiannya.

So die duduk satu meja ngan aku. Masa tu ada meja tuk tunggu burger siap. Rupanya die kenal ngan orang buat burger tu.

Rancak betul dia bercerita ngan budak burger. Macam aku takde kat sebelah. Tapi cerita suram dia la. Aku tengok dia. Muka hensem. Tapi sayang. Dia cakap company die bayar gaji 6 bulan.
Dia cakap semua awek lari dari dia. Nak pasang kaki palsu tapi doctor kata macam tak sesuai apa ntah.

Hmm. aku pun tatau pagi nih aku masih ingat lagi pasal dia.

kesian betul.

Friday, January 14, 2011

i miss ...

hmmphh.

Aku rindu nak pergi tengok apa2 performance. Tak kira artis ke, pra-artis ke, budak2 baru nk up ke. Tak kisah la. Dah lama tak pergi lepak sambil tengok band. Benda camni pun boleh tenangkan jiwa aku. Serious!

Sejak snooker kat ecurve da tutup. Aku buntu nk main snooker kat mana. Aku nk main snooker kat tempat yang open. Yes, aku rindu gak nak buat benda alah nih.

Satu lagi paintball. Tak sangka aku rindu nk main paintball. Tapi aku nak main ngan kawan2 aku la. Tak nk lah main dengan client. Tak syok. less fun. gila aku jadi kurang.

Lepak kat kedai malam2 pun jadilah.....

hmmphhh...

...........

susah betul nk puaskan diri sendiri. ni kan orang lain...

Wednesday, December 15, 2010

Suatu senja di masjid

Malam tadi aku balik dari office, macam biasa tak sempat nk maghrib kat rumah. Ye la, semenyih-kota damansara. 1jam 1/2 baru sampai umah. Aku pun berenti la solat maghrib kat masjid area-area dekat satay kajang haji samuri tu. Masa aku masuk dalam masjid tu, ustaz tengah ceramah agama. Biasalah, bila guna mic, kite tengah solat nih pun terdengar sekali la...

Ustaz tu cakap.... "Sekarang ini banyak gejala maksiat yang berlaku. Amar ma'ruf nahi mungkar, kita kena tegur orang yang maksiat, TAKUT MANUSIA KE TAKUT ALLAH?"

Tengah2 solat boleh plak aku ingat ayat ustaz tu, tak kusyuk kot. heh heh. ye la campur ngan makcik kat sebelah aku semayang tu sibuk bercakap jugak, baik duk umah takyah pegi dgr ceramah.

Selesai solat, aku terus ke belakang nak lipat kain sembahyang. Tengah-tengah lipat, ada sorang makcik nih tegur aku.

Makcik: "Nanti cuba baca kat bulletin board kat sana untuk jadi pedoman"

aku dah lain macam nih, aku ada buat salah apa ke dalam masjid nih? aku solat je kot.

Aku: "Kenapa? Kenapa?" aku desak dia nk bgtau

Pastu dari jauh aku nampak gambar pemakaian cara islam. Ala, yang biasa kita tengok dekat masjid yang tak boleh pakai seluar, kena bertudung apa semua tu la...

Aku: "Abis tu saya baru balik kerja. Memang kena pakai macam nih la"

Masa tu aku pakai baju kerja ala2 casual skit, cardigan, seluar hitam yang tak ketat sgt pon, (aku ada lagi yg ketat), pastu pakai TUDUNG la!

Makcik: "Berenti la kerja. TAKUT MANUSIA KE TAKUT ALLAH?"

Aku macam terkejut. gila ke apa makcik nih nk suruh aku berenti kerja, paling tak tahan statement die tu. Aku ingat lagi ayat ustaz yang aku baru dengar tadi. agak2 la nk suruh aku berenti kerja.

Aku: (still baik lagi) "Abis tu saya baru kerja, nak makan apa? Saya kerja memang kena pakai macam nih, bidang kerja saya memerlukan pakai mcm ni"

Makcik: "Nanti Allah tolong la kita TAKUT MANUSIA KE TAKUT ALLAH? Ank makcik pun macam awak degil nk pakai baju mcm awak"

Aku dah hangin. Aku telanjang ke? Aku pakai skirt ke? celaka betul.

Aku: "Macam ni la makcik, saya kerja dulu la kat sini, nanti ada kerja baru saya tukar la."

Makcik:"TAKUT MANUSIA KE TAKUT ALLAH?"

Aku: "Makcik....mcm ni.....takpelah" (aku ingat nk lawan lagi, tapi aku tau sia-sia sebab modal die ayat USTAZ tu je)

"Oklah makcik, (aku da nk balik dah ni) saya mintak maap kalau tersalah cakap, terima kasih atas nasihat makcik"

Masa aku blah pun, makcik tu duk bebel2 lagi, WTF!


Kesimpulan cerita nih, bagus la makcik tu ada niat nk tegur aku nih yang berpakaian "menjolok mata"...tapi nk tegur pun ada cara-caranya...

Jadi mari kita sama-sama renungkan, aku ambil dari iLuvislam.com

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2805

Jadi, dalam website ni, aku ambil skit2 la ye...

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut,
mudah-mudahan ia ingat atau takut.”




Monday, December 13, 2010

Takde life

Hari ni first day aku kerja di semenyih. Mak aih! jauhnye! habis minyak aku. Baru isi minyak satu tank, nak kena isi lagi. Sedih beb....

Tapi minyak bukan point utama pun. AKU KENA KERJA SHIFT!

ok, shift ok apa.....TAPI AKU ADA CUTI SEHARI JE SEMINGGU

takpe lah, takde la berebut nak tengok wayang...TAPI AKU KENA KERJA SABTU AHAD FULL, PAGI SAMPAI PETANG!!

takpelah eh! .....VAVI!!!!!

Wednesday, December 8, 2010

1000 kali tolong, berkali2 di ludah



Sakit hati, sedih, geram, kecil hati. Semua bercampur gaul. Macam tengah buat rojak buah.

Rasa nk sepak pun ada. Tapi apakan daya, kaki nih tak sampai kat muka dia. Dia jauh nun di seberang.

Manusia nih memang tak reti bersyukur. Aku byk kali tolong, byk kali, tak terkira. Bila nk mintak tolong, dihamburkan kata-kata manis. Aku pulak jenis senang cair. hancur semua. vavi la. babi la terus. aku betul2 marah.

Aku call dia. Aku minta tolong, betul2 berharap, tapi apa yang aku dapat? Kena tengking! Sial! Aku terus matikan phone.

Kau memang setan.


Macam ......

Hidup ni mesti la mahu happy-happy,
Apa la gaduh2....
Orang tua gaduh mcm budak2 la...
kelakar bodoh..
bodoh..

bodoh...

memang bodoh...

aku yang muda ni pun nk gelak kuat-kuat bila tengok korang tak pakai otak

macam.....